Perlukah berputus asa?? Cara selesaikan masalah?
Takdir hidup masing-masing berbeza
seringkali diri diuji dengan pelbagai dugaan buat diri terfikir,apa yang akan terjadi pada masa depan.
Sakit perit tiada siapa mengerti,namun jangan terlalu cepat menyerah,kelak menyesal apabila melihat orang lain berjaya namun kamu gagal kerana terlalu cepat menyerah dengan ujianNya.
manusia tak akan pernah lari dari diuji,berat atau ringan pasti ada,
namun Tuhan tak akan uji hambanya di luar kemampuannya.
Redha dengan takdirnya,kadangkala diri ini juga tak sekuat mana,seringkali teruji,namun tak berhenti melangkah demi melihat senyuman kekal di bibir kedua orang tua.
Teringat pesanan pensyarah satu ketika dahulu,kita hidup untuk orang lain,bukan untuk kita sendiri,
jadi fikirkan orang lain sebelum buat keputusan dan akibatnya.
Buntu???
Ayat di atas ada penyelesaiannya,
Insyaallah selagi percaya pada takdirnya,tapi saya sendiri pernah mengalami dan mengamalkan. kala diri buntu untuk memilih,bacalah dan niat berulang kali,Insyaallah akan dapat jawapan.
Terima kasih Allah.
Comments
Post a Comment