Mandi manda @Hotspring Park Sg Klah

Pernah dengar Hotspring Park tak? Taman Reakrasi Air Panas tu.. Sapa yang suka mandi air panas? d memang tak la..hehe.Tapi disebabkan akak-akak abah datang baru-baru ni suka paksa kena ikut pegi juga... yelah Hotspringpark sg klah ni da macam tugu monumen yang wajib pegi kalau datang Sungkai ni ye dak..

So,Kami pon pergila,tiket masuk setakat pergi haritu,(sebelum raya haji 2014)
Dewasa-Rm12
Warga Emas(55 tahun)-Rm7
Kanak-Kanak d tak pasti sebab tak bawa kanak-kanak,kalau tak silap Rm10

Latar belkng kolam air panas

Tapi masa kami pergi tu,time kolam air gunung tutup,sedih nok.. rasa nak nangis guling-guling.So,siasat la mengenai kolam air gunung buka ke tak sebab kurang best kalau kolam tu tutup.

Macam biasa la mandi air panas,sapa tahan ,tahan la,kalau tak tahan naik la bersantai macam penyu tepi kolam tu.Lepas tu gerak pegi tengok tempat orang rebus telur, tak pernah dalam sejarah pergi situ berkali-kali,tapi sebab bawa tetamu,buatla aktiviti klise bila datang kolam air panas..

Tara...

Rebus Telur
Kat situ ada tulis time untuk kadar kemasakan telur,apa pelik bahasa aku.So,ikut jer,Sebenarnya masa tu d da pasan mak cik d rebus telur kejap sangat tapi malas nak kata ape,ye la,orang tua kan.Lepas tu abah overconfident pecahkan telur dalam mulut sabab ingat suku masak.Pergh,memang tengok biawak jadian la haritu..kihkihkih.Telur jual kat situ Rm5-6 biji.Ada mangkuk,sudu dan kicap.

Lepas tu gerak pegi tengok kolam sejuk.tengok je yang mampu.waaa sedih tengok macam padang jarak jer.. Inilah keadaan kolam bila kering

Punah harapan haritu..Kolam tutup untuk cuci.Nampak tak gelungsur air? Pendek je sebenanya kan? Tau tak bila d naik,menjerit sampai orang bawah tengok. haha..kelemahan tu..Takut tempat tinggi melampau sangat. Kalau tinggi tu takut,boleh bayang tak macam mana d naik big icecream kat a-famosa waterpark.Nasib kawan sekapal tak pekak..

End up,tukar baju awal jer,mak cik tegur nape acu awal tukar baju.Senyum je la.Macam mana la mak cik boleh berenang dalam kolam air panas ,aku yang muda ni tewas..Dulu masa anak buah kecik lagi,dalam besar ni kot,


Masa tu lebih kurang besar ni la, ni anak buah sulung,nama dia Imn Qaleesya.Dia ni memang hantu air.Boleh dia main mandi air panas tu macam tak de apa-apa je..kagum betul...

Lagi satu benda kelakar,orang asyik tengok je family kami hari tu,nak tau kenapa ? inilah jawapannya:

Orang ingat abah bini empat haritu..hahaha..padahal yang lagi 3 tu kakak2 dia la..

ok la,pada sapa yang berminat nak pegi sini,dicadangan la juga,bayaran pon tak mahal,tapi pada d pihak pengurusan patut lebih peka dengan kebersihan kolam la.ke memang nak biar alga tu duduk situ.erk ntahla,tapi semak mata la tengok..

Comments

Popular posts from this blog

Tips Temuduga Ciast

Takdir yang tertangguh