Cepatnya mengalah

Mengalah? apa itu mengalah,perlukah mengalah,kenapa mesti mengalah?semua tu berlegar2 dalam kepala aku dua tiga menjak ni...why? why?

Mengalah perlu,tapi ikut situasi, jangan mengalah sebelum mencuba, itu kita selalu dengar,tapi mengalah selepas mencuba? apakah? Kita dah susah payah cuba,buang masa,duit dan tenaga untuk itu,tapi tiba2 give up di tengah jalan. sebab? orang sekeliling? dengar cakap-cakap orang? ke kau rasa diri kau bagus sangat sampai tak layak duduk tempat kau sekarang... kau fikir perasaan orang sekeliling kau yang selama ni tolong kau,bila end up macam tu jer...

Bila kau pilih untuk mengalah,itu maknanya kau pilih untuk gagal. Sebab tu orang cakap,fikir dulu,siasat dulu,jangan bila nak tergedik-gedik,tapi da try sikit tak nak time2 tu juga...masa kau pilih dulu,kau fikir tak sebab dan akibat yang kau bakal dapat..dan bila kau mengalah? alasan kau,orang tak faham ? kadang-kadang orang tak faham bukan sebab orang tak rasa, tapi orang da rasa yang lagi teruk dari kau rasa,sebab tu orang tak kisah apa yang kau cakap,sebab orang rasa benda tu biasa.

opss, tak boleh sebab memang tak boleh ke mind set tak boleh. excuse me,saya seorang gadis,kenapa saya bole belajar bidang lelaki, panjat mesin,set-up mesin,nasib tak patah jari bila mould besi  berpuluh kilo tu jatuh atas tangan,tapi mengalah tu pilihan terakhir, sebab masa tu sekali da melangkah,tanam dalam hati,tak nak patah balik,set dalam otak,mengalah pikihan terakhir.Kena marah?sapa tak kena marah?pensyarah tu manusia,ada sifat marah,bila dia marah macam-macam keluar.terasa memang la,tapi simpan la marah tu.orang tu bagi ilmu dekat kita, macam-macam dugaan yang dapat masa belajar,tambah-tambah stigma masyarakat,pekak kan lah telinga.Denda? walaupun kolej swasta,tak lari dari denda,gila kau kena lompat bintang depan kolej tu sebab tak tutup tingkap,macam-macam lagi la.. tapi bila da abis,tu semua kenangan.

 jadi? dengan  apa yang kau dapat sekarang,kenapa kau nak mengalah macam tu je? balik nk duduk bawah ketiak mak.. come on la.. satu hari nanti kau tetap kena move on,kau baru keluar sikit je dari kepompong kau,kau da tak sanggup,da mengalah,lepas ni lagi banyak lagi dugaan kau nak kena hadap?adakah masa tu kau masih nak mngalah,salahkan orang sekeliling sebab tak faham kau dan balik duduk dalam tempat yang semua orang boleh faham kau sebab diorang sama-sama loser macam kau..

 Maaf kalau saya agak emosi entry kali ni,tapi ini khas untuk membakar semangat sapa yang rasa nak mengalah,nak berhenti belajar,nak berhenti kerja dan macam-macam lagi. Ingat, Saat kau putus asa dengan hidup kau,ramai lagi orang lain yang sangat inginkan hidup kau.Faham? so,dont ever give up.


Comments

Popular posts from this blog

Tips Temuduga Ciast

Takdir yang tertangguh

Tips Merahkan Bibir