Nak pakai bracess a.k.a pendakap gigi

Sebut pasal gigi, pendakap gigi, cabut gigi...haaaaa.. trauma sangat la dengar perkataan dengan klinik gigi. Tapi sampai satu tahap, gigi dah berlubang, baru nak insaf.Padanlah muka, kecik-kecik degil sangat. Dah besar menanggunglah.

Dan masa cuti raya tu terpaksa pegi klinik gigi, tampal gigi yang berlubang. Dah tu kena buat 3 appointment sebab rawatan akar kena pakai tampalan sementara baru boleh letak tampalan  kekal.Padan muka kan.
Dan selepas rawatan terjadilah dialog ni.

Doktor: awak tak nak pakai bracess ke, gigi dah ok nak pakai braces.

Me: Bukan gigi tak cukup tak boleh pakai bracess ke

Dan doktorku yang baik hati ketawa lalu berkata.

'Sapa cakap? Boleh  jer. Tu la,lain kali tanya doktor, bukan dengar cakap orang, gigi tak cukup senang tak payah nak cabut dah.'

Punca kena pakai braces, gigi macam kon besar tepi jalan kena langgar lori


Dan kos pemasangan 3 ribu atas bawah, deposit 1 ribu sahaja. Murah kan. Dah la doktor tu baik sangat.

Masa tu fikir, nanti repair gigi bagi ok dulu, lepas tu tunggu cuti semester, balik pasang braces.Hati ni berkobar- kobar nak pasang bracess, tapi sekarang ada masalah besar.

Kredit pada tuan gambar. Gambar ni sangatlah seksi.

Selepas review dari blog ke blog pengalaman orang dan sebagainya. Hati ni makin tak kuat dan tak kental untuk teruskan niat. Sakit perit , ulser dan sebagainya.... waaarrgghhh.. mana pegi semangat yang dulu berkobar- kobar. Dah kena buat mould la, ketatkan tiap bulan,sakit nak menanggung, ulser lagi, dah tu kena pakai retainer pulak lepas cabut braces.

Ketakutan tu makin membuak-buak. Dan semangat makin tak membara.mana pegi ntah dila yang kental dan tak reti takut tu. Dan sekarang, makin berbelah bahagi perasaan tu, tak tau la mampu nak teruskan niat ke tak.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Temuduga Ciast

Takdir yang tertangguh

Tips Merahkan Bibir