Posts

Showing posts from 2015

Selamat tinggal 2015

Image
Ini adalah post terakhir untuk tahun ini!! Walaupon sebenarnya tak banyak pon post dalam ni, sebab busy dngan 2015 yang sangat mencabar. YUP!!!  Bagi aku 2015 sangat - sangat mencabar. Start from januari dengan pergi tempat baru yang tak pernah pegi, yang kau tak kenal sorang manusia pon kat situ, start a new life, as usual, cabar diri cuba benda baru, walaupon jauh dengan family and seminggu nangis rindu mak ( tak semenggah perangai). Jumpa kawan baru, yang macam ragam, yang garang, yang ganas, yang manja, caring, and termasuklah yang celupar and rude ibarat tak de langsung manners dalam diri. Sem 4 yang honeymoon sampai boleh membuta dalam kelas,cuti belambak-lambak, movie 24 jam. Lepastu dapat tukar bilik sebab masalah peribadi member, (tapi kadang2 aku rindu roomate lama aku). Masuk sem 5 yang azab , kelas dengan mummy yang tegas tapi sebenarnya sporting, belum masuk final projek yang macam jahanam nak habiskan sampai aku dah menyampah nak pegi welding benda yang tak si...

Sape nak jaga aku lepas ni bff sengal

Image
 Sekejap sangat setahun tu berlalu. Tak sedar yang masa tu makin pantas and tinggal kurang sebulan je kat sini. Happy sebab nak habis, tapi sedih sebab nak berpisah dengan kawan-kawan. Kalau nasib baik dapat la praktikal satu tempat, kalau tak, jarak jauh la semua. Aku boleh kalau x de orang lain. Tapi yg sorang ni..hmmm kalau ko tak de sape nak jaga aku weh.Sapa aku nak panggil kalau mesin aku stop, sapa aku nak paksa tolong buat benda kecik yang asalnya mudah tapi jadi susah sebab nak suruh ko buat. Sape lagi nak buli aku tolong check report dia, paksa teman g makan padahal belambak orang kat cafe. Tu la kawan, bila ada rasa nak lempang, bila tak de nanti cari. Kadang-kadang senang kawan ngan laki, sempoi, tak cepat sentap, tak de nak moody tarik muka.. 😳😳😳

Takdir itu indah

Image
 Sebelum saya pernah tulis entry pasal temuduga ciast, dengan semangat berkobar- kobarnya bagi tips kat orang, viewer pulak baca penuh confident, kadang-kadang terfikir diorang ni tau tak aku fail interview tu.. hahaaaa Yes, i fail that interview. Tapi sebenarnya semua tu ada hikmah. Sebenarnya sebelum ni ada sijil technician mesin, dan nak berniat nak sambung belajar tapi tak de tempat untuk sambung dan kalau ada pon kena start semester satu balik.memang tak sanggup la kan. Lepas tu tiba- tiba Adtec Jerantut yang baru buka tahun lepas ni buat pengambilan untuk level 4 bagi kos polimer , means boleh sambung belajar terus sem 4 dan jimat masa serta usia yang semakin mereput ni. Tapi nak sambung ade interview, dan interviewnya sama tarikh dan masa dengan interview ciast. Hati meronta-ronta nak sambung level 4 tapi disebabkan jauh, kena la pegi ciast yang dekat tu. Dalam nak pegi pagi tu harap miracle kalau-kalau boleh sampai Pahang. Dan lagi sad story ciast tak dapat, memang f...

Demi projek tahun akhir....

Image
Such a tired day.Kaki ada jugak la sikit-sikit rasa nak tercabut. Gara-gara final projek yang desprate gila ni. Asalnya projek ada masa dua bulan untuk perlaksanaan, tapi disebabkan barang sampai lambat sebulan, lambat la baru boleh start. Disebabkan final projek adalah SYARAT WAJIB untuk diploma teknologi, nak tak nak kena la siapkan juga kalau betul2 nak balik terus sem ni.kalau sayang kat adtec ni, teruskanlah berhuhuhuhu. Bayangkan masa dua bulan tu tinggal sebulan, masa tu la nak buat projek, masa tu la nak buat thesis. Keep calm amd arghhhhh. Stress nok! Tapi bak kata pensyarah saya, stress menghasilkan kerja yang berkualiti. Dan secara tiba-tiba, tarikh pembentangan akhir diawalkan seminggu... hmm lagila kelam kabut tak ingat. First step start potong besi, tak cukup siang malam datang bengkel. Sanggup kau, final projek punya pasal. Cut besi, cut plywood. Dan orang yang paling banyak tolong sampai sanggup turun malam - malam adalah bezprenz gilo aku ,padahAl dia tak de ...

Nak pakai bracess a.k.a pendakap gigi

Image
Sebut pasal gigi, pendakap gigi, cabut gigi...haaaaa.. trauma sangat la dengar perkataan dengan klinik gigi. Tapi sampai satu tahap, gigi dah berlubang, baru nak insaf.Padanlah muka, kecik-kecik degil sangat. Dah besar menanggunglah. Dan masa cuti raya tu terpaksa pegi klinik gigi, tampal gigi yang berlubang. Dah tu kena buat 3 appointment sebab rawatan akar kena pakai tampalan sementara baru boleh letak tampalan  kekal.Padan muka kan. Dan selepas rawatan terjadilah dialog ni. Doktor: awak tak nak pakai bracess ke, gigi dah ok nak pakai braces. Me: Bukan gigi tak cukup tak boleh pakai bracess ke Dan doktorku yang baik hati ketawa lalu berkata. 'Sapa cakap? Boleh  jer. Tu la,lain kali tanya doktor, bukan dengar cakap orang, gigi tak cukup senang tak payah nak cabut dah.' Punca kena pakai braces, gigi macam kon besar tepi jalan kena langgar lori Dan kos pemasangan 3 ribu atas bawah, deposit 1 ribu sahaja. Murah kan. Dah la doktor tu baik sangat. Masa tu...

Kawan baik versus pakwe (besfriend vs boyfriend)

Tiap orang mesti ada bestfriend kan.kawan baik, tempat luah perasaan, cerita segala masalah. Saya tak terkecuali la, tapi kalau kawan baik tu sama jantina benda biasa la.kalau yang lain jantina tu macam mana kan... Besides of my #thegadespolymer bff, ada jugak sangkut bff lain. Asalnya masa masuk sini heart broken tahap petala langit ke tujuh punya, konon nak rawat hati. Konon la sangat, ramai manapon budak laki kat sini, gua tak nak pakwe, tapi nak kawan baik. Dan seriusly, doa tu sangatla termakbul. Saya bukannya just dapat satu, tapi dua, betapa Allah tu maha memberi kan. Dan ke dua-dua kawan ni ada ciri-ciri yang sangat berbeza. Makhluk pertama tu perangai dia hmm..Disebabkan saya amik kos laki, maka dilayannya saya macam jantan.Takat main sepak-sepak, gaduh - gaduh tu memang aktiviti harian . Tak bertekak sehari bukan kitorang la. Tapi alih-alih time ada problem,  muka ni la yang perasan, sebabnya dia suka sangat 24 jam senyum, so kalau lima minit tak senyum, memang la...

Toujours advanced plus dnars skincare

Image
Rasa nak tulis pasal dua produk magik yamg saya suka sangat ni ... saya tak jual yer, just nak kongsi kebaikan dia.. Masa semester lepas, saya masuk belajar muka kusam jer, lepas tu gelap.biasala budak baru kan kena jemur tengah panas. Tapi lepas habis minggu suai kenal pon kesan burn berbulan tak hilang .Memang asyik kena bahan je la.kuang asam betul saya pula fanatik dengan hanis zalikha, memang rajin la follow dia, tengok kek nis promot je TA ni, ntah  macam mana terdetik nak beli, tengok testimoni macam best jer..  order la, dua box terus kau, tamak tak ingat Kredit pada tuan gambar Masa consume mula-mula memang tak de la perubahan mendadak, kesan 3hari ke sume tak de, and saya disiplin masa box pertama jer,Minum air masak tapi dalam 1litre lebih jer, teh kafien memang tak ambil.  sihat badan masa tu ceria bertenaga macam kanak -kanak terlebih ribena. Sampai da sebulan bila balik kl akak tegur nape sekarang nampak cerah sikit n badan pon nampak ke...

cari tempat latihan industri

Image
yeah, surat dah keluar.. so kena la start cari temat untuk L.I. Target area sekitar perak jer,malas dah nak duduk jauh2 dengan family.Tapi, kena struggle cari kawasan industri... Dan tempat adalah yang berasaskan polimer.... target kilang lain tapi macam susah jer.. tengok la rezeki sangkut kat mana

Cuti semester.. throwback sem 4

Image
Pejam celik dah masuk second week cuti sem.Dan sebagai anak tunggul for sure la rasa bosan ya amat kat rumah. Untung sebenarnya masuk level 4 ni, amik dt, sem 4 tak ada subjek umum.Carry 4 paper jer,exam direct 4 hari dan boleh pulang dengan riang rianya.Yang bestnya cuti awal seminggu dari orang.Itu advantage ya.. Banyak sebenarnya kenangan sepanjang 5 bulan nie, macam2 jadi.To Hanira Saleana.. thanks for be a very gud fren n roomate. Killer subjek : product research.hmm hancus.Bab research tu boleh lagi la.Bab software tu.Memang kekurangan ak pada benda2 macam tu.Serabut tiap2 kali kelas solidworks.Sampaikan refuse nak pakai perfume pegi kelas sebab nanti tambah pening.Apa sangkut paut?? aku alergik minyak wangi,saje2 pon boleh migrain,inikan pulak kalau memang tengah pening. Inilah hasil final exam dt4 polimer,seminggu belajar software terus kena exam.. Rasa mengalah, sebab memang itu kelemahan sendiri.Tapi bila tengok kawan2 buat, rasa terpanggil untuk bangkit, buat den...

Sambung study #polymerlevel4

Image
Hampir tiga bulan sambung belajar, alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.. Waaupon mula-mula kekok, rendah diri, tak yakin, tapi semua tu hilang lepas kenal kawan-kawan yang baik-baik belak.. and pengajar yang sporting dan sangat memahami.. Sayang, sumpah ak sayang persahabatan ni, yang ak tak dapat kat mana-mana. Saling membantu, saling tolong menolong, tak kira susah senang.   Selisih faham?? bohong la kalau tak de.. tapi lambat laun baik jugak.. batu api? pijakkan je org macam tu...hahha.. Everything just fine... Tinggal lagi 9 bulan kat sini, lepas tu jom merantau pegi L.I.... p/s: Dulu doa nk kawan, alhamdulillah da dapat kawan baik pompuan n laki... Ni kawan-kawan baru.. pic tgh tu buddyz kelas.. time kelas melekat berempat

Berakhir sudah minggu suai kenal

Image
Disebabkan tarikh pendaftaran yang tepaksa ditunda akibat banjir,so MSK terpaksa dipercepatkan.Elok pulak ada aktiviti khidmat masyarakat,lagi la tak terasa 3 hari tu.Cepat je abis.Tak terasa dibuli dan terbuli sebab orang kat sini memang baik-baik. Ni masa rheasal untuk sketsa, klako gile la, dorang jdi watak pokok.Konon sketsa banjir.Semua terlibat,Saya?? hehe... Jadi ombak..klishe sangat watak tu..lari2 pegang kain atas pentas.. apebenda la..dialog pon x de.Sebenarnya rasa kalau ombak tu kena pegang air sorang sebaldi la baru real banjir...  Dan berakhirla minggu MSK dengan jayanya.Tanpa ada sebarang masalah,kecuali kena jadi bintang sebab tak punctual masa... hahahah.. 40 kali sehari jadi bintang. Alhamdulillah walaupon ak dari swasta tapi tak disisihkan oleh kawan2 dan tenaga pengajar berserta ..Sume baik2 belaka.. Terima kasih kerana terima diri ini seadanya.... So sape2 nak masuk adtec jerantut sila2 jangan malu malu takut2.. huhu.. x de apa yang nk ditakutkan se...

Excited vs Gementar

Dan disebabkan oleh bencana banjir #prayforpantaitimur tarikh pendaftaran adtec telah ditunda..fuhh d tak tau la nak takut ke nak legaaa....Kalau tak harini dah sah-sah duduk sebatang kera dah kat Pahang tu.. So next week la nampaknya..ntahla makin dekat nak pergi ni macam macam fikir..ok ke kat sana.Boleh ke?? Jauh sangat.Tak de kawan,tak de sedara, just alone.. alone.. Mampukah nak hadap.. Aku cuba kalau ini yang terbaik. Ada sebab kenapa ak tercampak jauh2.. Mungkin ini jalan Allah.Hanya Dia yang tahu